Detektif Yaya mempunyai 5 jilid buku yang diceritakan dari pandangan Yaya dan siri ini adalah spin-off dari siri animasi BoBoiBoy.
🌸 Gabungan novel dan komik misteri
🌸 Adegan menarik dan padat dengan nilai-nilai murni.
🌸 Bacaan pilihan para pelajar sekolah rendah dan menengah
Jom kita kongsikan sinopsi setiap siri:
#1
Musim peperiksaan sudah berakhir. Yaya, Ying, Gopal dan Fang menyertai program perkhemahan di Taman Rimba Gunung Embun. Namun, di sebalik kegembiraan mereka, terjadi satu peristiwa misteri. Dapatkah Yaya dan rakan-rakannya merungkai misteri ini?
#2
Yaya, BoBoiBoy, Ying, Fang dan Gopal menubuhkan Kelab Misteri di sekolah untuk menyelesaikan apa sahaja misteri. Apabila seorang demi seorang pelajar datang dengan khabar angin tentang sumpahan dan misteri bangunan usang di sekolah, mereka berjanji akan membongkarkan setiap tipu daya di sebalik misteri itu. Namun, surat ugutan yang tidak putus-putus dihantar kepada Kelab Misteri membuatkan Yaya tertanya-tanya. Siapakah penjenayah di sebalik topeng hantu harum ini?
#3
Kejutan hari lahir Yaya yang dirancang bertukar menjadi sebuah kes misteri bagi Detektif Yaya dan kawan-kawannya. Apabila hadiah kerongsang yang diberikan oleh BoBoiBoy kepada Yaya memancarkan satu cahaya misteri, Yaya dan kawan-kawannya akan bertukar gelombang otak dengan orang kedua yang disentuh.
Dari mana datangnya kerongsang kuasa itu, dan bagaimana mereka dapat bertukar semula? Detektif Yaya perlu menyelesaikan misteri Kerongsang Kuasa itu sebelum BoBoiBoy hilang ingatan dan menjadi kucing selama-lamanya!
#4
Kelab Misteri semakin hari semakin terkenal. Namun, di sebalik populariti mereka, ada juga pihak yang tidak berpuas hati. Trio penyiasat genius, Detektif ‘NIC’ muncul dan mencabar Detektif Yaya dan Kelab Misteri. Kes demi kes berjaya diselesaikan oleh Detektif ‘NIC’. Kini, Kelab Misteri terpaksa dibubarkan!
Tetapi naluri Detektif Yaya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Apakah muslihat di sebalik setiap kes yang diselesaikan oleh Detektif ‘NIC’? Adakah ini “game over” bagi Detektif Yaya dan Kelab Misteri buat selama-lamanya?
#5
Kelab Misteri mendapat sekeping syiling emas dari seorang pengembara misteri, Alan yang menunjukkan lokasi Bandar El-Doremido. Di pulau dongeng itu, tersembunyi sebuah artifak kuasa yang sangat hebat. Alan bersama Kelab Misteri nekad untuk mencari harta karun dan artifak kuasa itu. Namun, Adu Du berjaya merampas syiling emas itu daripada mereka.
Apakah artifak kuasa itu? Siapa pula kumpulan alien yang memburu mereka? Pengembaraan Kelab Misteri ke Bandar El-Doremido bermula!
🌸 Lengkapkan kelima-lima siri ini dengan harga teristimewa dari Monsta!