[Pek Khas 1.0] mengandungi Komik Jilid 01 + Rantai Kunci Akrilik (6cm x 6.5cm)
Jilid 01 – Pertembungan Dimensi
Memandangkan cuti sekolah semakin hampir, Amato dan rakan- rakan memutuskan untuk mengembara mencari serpihan kapal dagang yang hilang di Selat Hilir. Sementara itu, Alex dan kumpulan penjelajahnya sedang melawan Ironbeard yang jahat dan Pirates Besinya untuk mendapatkan artifak emas yang tersembunyi di Amazon.
Tetapi kedua-dua pasukan ini secara tidak sengaja membuka portal yang menghubungkan kedua-dua dunia mereka! Adakah pertemuan yang tidak dijangka ini bakal mencetuskan kekeliruan pada kedua-dua belah pihak?
[Pek Khas 2.0] mengandungi Komik Jilid 02 (48 Muka Surat) + Akrilik Standee (Saiz: 16.5 x 9.6cm)
Jilid 02 – Sengketan Kuasa
Apabila digabungkan, kedua-dua bahagian artifak dalam pegangan Alex dan Amato bertukar menjadi menjadi Power Sphera dipanggil PiBot, yang mempunyai kuasa untuk membuka portal antara dimensi. Kuasa ini menjadi rebutan lanun robot jahat, Ironbeard yang mahu menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Pasukan Alex dan Amato menyedari bahawa Ironbeard perlu dihentikan dalam apa jua keadaan, walaupun terpaksa mengetepikan syak wasangka dan bekerjasama.
[Pek Khas 3.0] mengandungi Komik Jilid 03 (60 Muka Surat) + Figura (Saiz: 8cm (H) x 10cm (W) x 6.8cm (D)
Jilid 03 – Gandingan Wira
Kini banyak dimensi berada di ambang bahaya! Kapten Ironbeard yang diperkasakan oleh PiBot telah menimbulkan ancaman. Amato, Alex dan rakan-rakan perlu bersatu untuk menggagalkan musuh gerun ini sebelum Iron Pirates melancarkan penaklukan seluruh dimensi. Peluang terakhir mereka ada di dalam rumah PiBot di poket dimensi yang penuh dengan bangkai kapal dan harta karun. Bolehkah mereka memperoleh kemenangan dalam pertempuran dimensi yang sengit?